OTAK TENGAH.



Penjelasan secara saintifik mengenai otak tengah (pineal gland)

Anda melihat dunia luar dengan menggunakan mata fizik anda, imej yang di pancarkan pada retina mata merupakan aktiviti neurotransmitter@ rangsangan eletrik biologi, merupakan alat untuk otak berkomunikasi dgn mata. Imej yangterbentuk adalah terbalik.

Otak mempunyai kemampuan untuk mencerna emej tersebut dalam bentuk seperti apa yang kita lihat pada hari ini.Kita lupa bahawa manusia memiliki satu lagi mata. Telah di kenali manusia sejak zaman dahulu lagi, cuma kita tidak menyedarinya dgn minda yang terbuka. Sains menamakanya 'Pineal Gland' ahli kerohanian menamakannya 'mata batin'. Dengan mata ketiga ini juga kita melihat dunia dalam dan luar diri kita dengan lebih jelas bahkan melampaui penglihatan dimensi ketiga. Mata ketiga terletak pada tengah tengah otak kita.


Fungsi sebenar kelenjar misteri masih menjadi penelitian dan kajian ahli philosophers dan Spiritual diseluruh dunia. Orang Yunani Kuno percaya bahawa pineal gland atau mata ketiga ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dgn kecerdasan, menurut kepercayaan mereka
 disinilah terletaknya jiwa yang merupakan pusat pengendalian diri.

Mata ketiga ini dapat di aktifkan dengan meningkatkan kekuatan eletrik biology, cahaya, bunyi & mengendalikan irama gelombang otak. Mata ketiga ini bekerja secara harmoni bersama kelenjar hypothalamus, bertanggungjawab kendalikan fungsi tubuh bertindak sewaktu lapar,keinginan seksual, jam biologi dan suhu badan. Bila mata ketiga terbuka anda akan merasakan ada sedikit tekanan pada bahagian belakang kepala. Menurut kajian ahli sains, tekanan dan terbukanya mata ketiga ini berlaku apabila anda menghubungkan otak dengan gelombang-gelombang tertentu.



Penemuan tentang kewujudan mata ketiga & fungsinya merupakn sebuah pengetahuan baru bagi ahli psysiological. Sedangkan penemuan ini  lama berkembang menjadi sebuah pelajaran bagi tradisi sufi, mistik dan esoterik, menurut tradisi ini hubungan antara pertengahan otak hingga kekawasan dua alis mata merupakan jendela antara dua dunia, dunia rohani dan dunia fizikal. Ini dapat di lihat dengan jelas dalam ibadah solat.

Dengan mempertimbangkan kekuatan dan hubungan mata ketiga dengan alam kerohanian yg boleh di capai oleh manusia. Maka kita melihat betapa  pentingnya mata ketiga ini di beri perhatian utama, utk memperolehi kemampuan kekuatan supernatural. Mata ketiga dapat melihat sesuatu di sebalik mata yang menjadi panca indera kita selama ini.

Kelenjar pineal atau mata ketiga mengandungi peta untuk otak bekerja dengan sempurna. Terutama dlm membentuk layar batin dlm minda. Membantu minda bekerja dalam bentuk visual. Pembentukan layar batin ini merupakan sebahagian dari fungsi yang harus ada dalam kehidupan manusia. Infomasi yang di sampaikan dari retina ke hypothalamus di namakan retinohypothalamic tract. Ia membawa infomasi kitaran cahaya dan kegelapan kepada wilayah hypothalamus, dalam satu pusingan yg lengkap proses ini di namakan suprachiasmatic nucleus (SCN).


Dari SCN, isyarat saraf akan bergerak menghantar infomasi pada saraf pineal (sympathetic nervous system) kepada pineal gland ( mata ketiga). Isyarat ini akan memberi kesan kepada pengeluaran melatonin.Apabila isyarat ini berhenti (pada waktu mlm dimana isyarat cahaya  tidak begitu kuat untuk merangsangkan kelenjar hypothalamus), Ini akan memberi kesan kepada rangsangan jam biologi dalam kehidupan manusia.

Proses merangsangkan melatonin pada mata ketiga ini masih menjadi misteri dan dalam pengkajian. Tiada siapa pun yg tahu tentang hubungan antara melatonin dengan SCN. Pineal gland ( mata ketiga )akan mengeluarkan melatonin, sewaktu anda melakukan relaksasi dan visualisasi. Tubuh badan kita akan mengeluarkan electromagnetic energy, bio eletrik energy dan bertindak balas dengan tubuh fizikal_membentuk medan tenaga di sekelilingi kita begitulah bagaimana pineal gland bekerja.

Apabila pineal gland ini aktif atau terbuka ia akan membentuk jalur komunikasi kerohanian, berhubung dengan dunia batin. Hubungan antara kelenjar ini dengan pusat tenaga yang sangat kuat. Hubungan ini berlaku melalui ubun-ubun atau cakra mahkota anda. Sebagai contoh cuba anda perhatikan keadaan seorang bayi yang baru lahir, anda akan dapati di bahagian ubun ubun bayi tersebut ada bahagian lembut, di situlah merupakan hubungan antara bayi dan alam kerohanianya berhubung.

Hubungan ini terbentuk dari alam kandungan lagi. Apabila bayi tersebut mula meningkat dewasa hubungan tersebut terhenti akibat penggunaan mata fizik yang berlebihan. Bayi mengenali dunia luar menggunakan mata fizik tersebut. Energy yang sepatutnya digunakan pada mata ketiga telah di ambil alih oleh mata fizik. Akibatnya bayi hanya di asuh dan di didik melalui apa yang dia lihat,dengar, sentuh, cium dan rasa. Panca indera luaran ini saja yang membentuk sifat dan cara berfikir manusia.


Contoh: Pernahkah anda melihat orang buta, ? Perhatikan bagai mana intuisi orang buta berkembang menjadi lebih peka dari orang biasa. Ini di sebabkan penggunaan mata fizik yang kurang. Maka energy di gunakan pada 'indera dalaman' maka indera dalamanlah yang lebih bekerja dari indera luaran.

Adalah amat rugi jika pengetahuan ini tidak anda manfaatkan dengan baik. Keseimbangan antara indera dalaman dan indera luaran merupakan sesuatu yang wajib ada pada setiap manusia yang ingin berjaya dalam kehidupan dua dimensi ( alam dunia dan alam rohani ). Indera dalaman dapat di aktifkan dengan berbagai cara, melalui mind metode atau kerohanian bukan menjadi soal yang penting hasil dan tujuanya. Anda dapat membuat sebuah penilaian dan keputusan serta tindakan bergantung daripada maklumat yang anda perolehi dari kedua indera tersebut.


Jika keputusan yang hendak di ambil bersifat fizikal, anda di sarankan menggunakan indera luaran. Misalnya menentukan sebuah perniagaan yang harus anda pilih, lihatlah dulu bukti bukti kejayaan yang telah diperlihatkan kepada anda. Jika keputusan yang ingin di ambil bersifat dalaman, misalnya kejujuran, kepercayaan, tanggung jawab seseorang bahkan menentukan pasangan hidup anda. di sarankan anda mengindera dengan indera dalaman anda. lihat bukti kerohanian anda, lihat melalui mata ketiga anda, pendengaran batin anda, suara hati anda dengan jelas. barulah anda melakukan sebuah tindakan.

Lebih lebih lagi jika kedua dua indera anda bekerja secara serentak. Anda akan mendapatkan maklumat tersebut melalui kedua dua indera sekaligus. Hubungan kerohanian ini berlaku apabila anda melakukan relaksasi dan visualisasi minda.